Sabtu, 8 Oktober 2011

Contoh Pendahuluan Karangan

Usaha menangani masalah mental

Malaysia yang diibaratkan sebagai negara yang dipenuhi oleh pelbagai rakyat yang mempunyai akal yang genius kini sering dicelotehkan sebagai negara yang semakin maju dan berkembang pesat serta dipandang tinggi oleh seantero dunia. Tetapi, disebalik kemajuan yang negara merdeka ini kecapi, terselit satu penyakit yang dibimbangi oleh semua rakyat jelata. Tidakkah kita sedar dan tahu berapa ramaikah rakyat di bumi bertuah dan bebas daripada cengkaman para penjajah ini semakin hari semakin bertambah bilangan pesakit mental? Adakah situasi parah dan kritikal sebegini adalah merupakan satu perkara biasa? Penyakit mental ini semakin hari semakin menular dan berkembang kepada seluruh manusia yang berperingkat dewasa. Tetapi, janganlah kita sebagai warga muda yang bakal menjadi modal insan yang cemerlang suatu hari nanti alpa dan mengambil endah akan perkara ini kerana penyakit sebegini serius ini juga boleh dihidap oleh manusia ciptaan tuhan ini tidak kira peringkat iaitu dari peringkat remaja mahupun yang lebih tua. Beberapa kajian dari segi sains mendapati bahawa penyakit mental ini boleh terjadi natijah daripada tekanan mental yang terlalu membebankan seseorang majoritinya daripada peringkat umur pelajar sehingga para pekerja. Tamsilannya, para pelajar pada masa iini dibebani oleh pelbagai tugas harian seperti membuat folio, kerja rumah, latihan yang diberi oleh guru dan mengulangkaji pelajaran. Tugasan-tugasan ini akan memakan masa yang lama lalu mengakibatkn fikiran dan minda insan muda ini tidak dapat berehat. Bukti golongan para pekerja menghidap penyakit mental ini pula ialah, mereka gemar melakukan kerja lebih masa demi mendapatkan wang yang mencukupi untuk menanggung dan menyara hidup keluarga mereka untuk meneruskan pejalanan hidup dengan lebih tenang dan harmoni. Bagi mereka, wang amat penting lantas kesihatan mereka diketepikan dan diendahkan. Hal ini mengakibatkan hidup golongan-golongan seperti ini terlalu menyedihkan kerana mereka tidak memandang kesihatan tubuh badan mereka jauh lebih penting daripada wang yang dapat dicari justeru nyawa tidak boleh diganti. Tambahan pula, dengan akal fikiran mereka yang tidak berehat dan dibebani dengan kerja yang banyak akan membolehkan fikiran dan emosi mereka menjadi tidak terkawal. Oleh itu, terdapat pelbagai cara mahupun wadah untuk mengatasi masalah mental yang semakin menjadi-jadi ini.